Bantuan Bayaran Individu/Pelanggan Yang Terjejas Banjir

Soalan-soalan Lazim

No.

Soalan

Jawapan

1. Siapakah pelanggan – pelanggan yang layak menerima bantuan? Untuk pelanggan individu yang terjejas akibat banjir dan memenuhi semua kriteria berikut :
  1. Tiada tunggakan melebihi 90 hari dari  tarikh  permohonan .
  2. Bukan di bawah program Bantuan Pembayaran sedia ada.
  3. Individu yang tidak bankrap atau perniagaan yang mengalami proses penggulungan.
2 Pembiayaan apakah yang  layak menerima bantuan? Pembiayaan seperti di bawah dan tiada tunggakan melebihi 90 hari dari  tarikh permohonan.
  1. Pembiayaan Perumahan;
  2. Pembiayaan Peribadi;
  3. Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan  i
3. Jika jenis pembiayaan saya layak untuk menerima bantuan tersebut, adakah ia akan didaftarkan secara automatik? Tidak. Pelanggan perlu memohon DISINI bersama dokumen asas.
4.  Apakah bantuan atau pilihan    yang  ditawarkan? Bantuan akan diberikan kepada pelanggan/pembiayaan yang layak menerima bantuan yang disediakan: 50% pengurangan bayaran bulanan untuk 12 bulan:
  1. Keuntungan akan terus terakru pada perbezaan jumlah; dan
  2. Penjadualan semula pembiayaan .(lanjutan tempoh pembiayaan)
5. Apakah dokumen asas yang perlu saya sediakan ?
  1. Gambar hartabenda yang terjejas ; dan
  2. Surat daripada pihak berkuasa tempatan (Ketua Kampung/Penghulu/JKKK atau mana-mana Agensi berkaitan) menyatakan pelanggan terjejas dengan banjir.
6. Bagaimana untuk memohon bantuan ini dan bagaimana pengesahan akan diberitahu? Pelanggan akan dinasihati dan perlu memperakui/bersetuju yang:
  1. Jumlah bayaran bulanan dan/atau tempoh pembiayaan akan dilaras dan menunjukkan peningkatan kepada kos keseluruhan pembiayaan; dan
  2. Dokumen atau perjanjian baru perlu ditandatangani selaras dengan keperluan perundangan dan Shariah   sebelum bantuan mula berkuatkuasa; dan
  3. Maklumat terperinci atas penambahan kos untuk bantuan ini akan diberikan, sebelum pilihan dipersetujui. Ini termasuk maklumat lengkap jadual (tempoh) bayaran, dan bayaran bulanan atau sebarang bayaran penuh di masa hadapan; dan
  4. Perakuan pelanggan ke atas pilihan mereka akan disahkan dalam tempoh 7 hari bekerja melalui emel.
7. Sekiranya saya memilih untuk memohon, adakah rekod CCRIS saya terjejas? Ya. Bantuan bersasar ini dikategorikan sebagai Penjadualan Semula di dalam CCRIS anda.
8. Akaun pembiayaan saya mempunyai perlindungan MRTA/MRTT sehingga tamat tempoh pembiayaan sedia ada. Adakah tempoh MRTA/MRTT akan diselaraskan mengikut tempoh lanjutan? Tidak, perlindungan MRTA/MRTT tidak akan dilanjutkan bagi tempoh lanjutan pembiayaan. Sekiranya Pelanggan ingin menambah perlindungan untuk tempoh lanjutan pembiayaan,pelanggan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami ditalian 03-20963000 untuk mengetahui lebih lanjut.

 

*For the purpose of this FAQ, kindly be advised of the following:

  1. Where terms used are meant for conventional accounts, these would refer to the conventional accounts held with Malaysia Building Society Berhad (Registration No.: 197001000172 / 9417-K); and

  2. Where terms used are meant for Islamic/Shariah-compliant accounts, these would refer to the Islamic accounts held with MBSB Bank Berhad (Registration No.: 200501033981 / 716122-P)

Mohon