Perbankan Layan Diri

MBSB Bank dengan bangganya mengumumkan pelancaran perbankan layan diri baru yang terdapat di cawangan MBSB Bank untuk kemudahan pelanggan yang kami hargai.
Perbankan Layan Diri atau dikenali juga sebagai Cash Recycling Machine (CRM) menggabungkan fungsi kedua-dua Mesin Teler Automatik (ATM) dan Mesin Deposit Tunai (CDM). Ini membolehkan para pelanggan melakukan pelbagai transaksi, misalnya, pertanyaan baki, pengeluaran, deposit, pembayaran pembiayaan, pembayaran bil dan pemindahan dana.
Kami merupakan bank (Perbankan Islam) PERTAMA di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan CRM dengan teknologi 'Swipe Function'. Matlamat kami adalah untuk menyediakan pengalaman pengguna yang menyenangkan dan interaktif di mana transaksi boleh dilakukan dengan mudah dan mempunyai sentuhan peribadi.
Lokasi Kami
Perbankan Layan Diri kami boleh diakses dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 pagi setiap hari di cawangan berikut:
Wilayah Tengah | Kuala Lumpur | WISMA MBSB, 48, Jalan Dungun Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur. |
Kuala Lumpur | Ground Floor, Podium Block, Kenanga International, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. |
|
Bangi | No. 49, Jalan Medan Pusat 2D, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. |
|
Shah Alam | Emira D'Kayangan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor. |
|
Wilayah Utara | Pulau Pinang | No W-00 Ground Floor, Wisma Penang Garden, No 42, Jalan Sultan Ahmad Shah, 10050 Pulau Pinang. |
Alor Setar | NO. 165 & 166, Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Halim Fasa 2, 11, Susur Sultan Abdul Hamid, 05050 Alor Setar, Kedah. |
|
Ipoh | No. 45, Persiaran Greenhill, 30450 Ipoh, Perak. |
|
Wilayah Selatan | Johor Bahru | No. 65 & 65A, Jalan Molek 2/4, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor. |
Johor Bahru | D-1-5, D-2-5, D-3-5 & D-4-5, Pusat Komersial Bayu Tasek, Persiaran Southkey 1, Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor. |
|
Seremban | Lot 11-G & Lot 12-G, Seremban City Centre, Jalan Pasar, 70000 Seremban, Negeri Sembilan. |
|
Melaka | No. 203 & 204, Jalan Melaka Raya 1, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka. |
|
Wilayah Pantai Timur | Kuala Terengganu | 104-A, 104-B, Tingkat Bawah dan Tingkat 1, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu. |
Kuantan | No. A157 & A159, Sri Dagangan, Jalan Tun Ismail, 25000 Kuantan, Pahang. |
|
Kota Bharu | Tingkat Bawah dan Tingkat 1 PT315, Seksyen 21, Jalan Sultan Yahya Petra 15200 Kota Bharu, Kelantan. |
|
Wilayah Timur Malaysia | Kota Kinabalu | Lot 11 & 12, Ground Floor, Block C, Lintasjaya Uptownship, 88300 Kota Kinabalu, Sabah. |
Kuching | Tingkat Bawah & Satu, Bangunan Tunku Muhammad Al-Idrus, 439, Jalan Kulas Utara 1, 93400 Kuching, Sarawak. |
CRM akan ditempatkan secara berperingkat di cawangan MBSB Bank di seluruh negara. Sila layari laman web MBSB Bank di www.mbsbbank.com untuk maklumat terkini berkenaan kesediaan perkhidmatan CRM di cawangan terdekat anda.
Perkhidmatan & Caj
No | Perkhidmatan & Deskripsi | Fi & Caj | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | PENUKARAN PIN
|
Tiada Caj | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2 | PERTANYAAN BAKI (AKAUN SIMPANAN & SEMASA) Kad Debit MBSB Bank Visa-i
MEPS (OFI, IFB, LIFB)
|
Tiada Caj | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
3 | CASH WITHDRAWAL Kad Debit MBSB Bank Visa-i
MEPS (OFI, IFB, LIFB)
Kad Antarabangsa (Kad Serantau)
|
Tiada Caj Kecuali akaun: - Akaun Simpanan Wise Save-i (Wise Saver) - Akaun Semasa Basic-i (Non-Fee) Caj pengeluaran untuk 8 transaksi pertama adalah TIADA CAJ. Transaksi ke-9 dan seterusnya akan dikenakan caj RM0.50 bagi setiap transaksi. Kad OFI: RM1.00 Kad IFB: RM1.00 Kad LIFB: RM1.00 RM10.00 |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
4 | PINDAHAN DANA INTRABANK Pindahan Dana Sendiri
Pindahan Dana Pihak Ketiga
|
Tiada Caj | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
5 | PINDAHAN DANA ANTARA BANK Pindahan Segera
Senario 1 Kad OFI (Other Financial Institution), Kad IFB (Islamic Financing Banking) & Kad LIFB (Local Incorporated Foreign Bank) → Akaun OFI, IFB & LIFB Senario 2 Kad OFI, IFB & LIFB → Akaun MBSB Bank Senario 3 Kad Debit MBSB Bank Visa-i → Akaun OFI, IFB & LIFB Senario 4 Kad OFI, IFB & LIFB → Akaun OFI, IFB & LIFB lain-lain Pindahan Antara Bank GIRO (IBG)
DuitNow
Had gabungan harian untuk Pindahan Segera, IBG dan DuitNow
Senarai Rangkaian Bank untuk Pindahan Segera, IBG dan DuitNow
|
Pindahan Segera: RM5k : Tiada Caj, >RM5k : RM0.50 IBG:RM0.30 DuitNow: Tiada Caj |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
6 | PEMBAYARAN PEMBIAYAAN
|
Tiada Caj | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
7 | PERTANYAAN PEMBIAYAAN
|
Tiada Caj | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
8 | JOMPAY
|
Tiada Caj | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
9 | DEPOSIT TUNAI-i
|
Tiada Caj | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
10 | PENUKARAN HAD Penukaran Had Pengeluaran
Penukaran Had Pindahan Dana Intrabank
Penukaran Pindahan Antara Bank (Had Pindahan Segera & IBG)
Penukaran Had Limit POS / Pembelian Dalam Talian
|
Tiada Caj | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
11 | TRANSAKSI LUAR NEGARA (PENGAKTIFAN / NYAH-AKTIF)
|
Tiada Caj | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
12 | PERMOHONAN BUKU CEK
|
RM0.15 bagi setiap helai dan tambahan RM5.00 untuk caj penghantaran | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
13 | PERMOHONAN PENYATA (AKAUN SEMASA)
|
RM10.00 bagi setiap permohonan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
14 | MENCETAK PENYATA MINI
|
Tiada Caj | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
15 | DEPOSIT BERTEMPOH-i (PENEMPATAN)
|
Tiada Caj |
Hubungi Kami
Untuk khidmat pelanggan dan sokongan teknikal, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami:
- +603-20963000 (6.00 pagi hingga 12.00 pagi setiap hari) atau
- Emel: enquiry@mbsbbank.com atau complaint@mbsbbank.com.
Anda juga boleh mengunjungi cawangan MBSB Bank dari Isnin hingga Jumaat (9.00pagi hingga 4.30 petang)
Soalan Lazim
- Berapakah jumlah maksimum bagi pengeluaran tunai melalui terminal (CRM) MBSB Bank?
Had pengeluaran tunai adalah RM3,000.00. Anda boleh mengeluarkan sehingga RM5,000.00 sehari. Manakala, had maksimum bagi setiap transaksi pengeluaran adalah RM1,500.00. Had pengeluaran untuk kad debit lain-lain bank adalah tertakluk kepada had yang ditetapkan oleh setiap Bank.
- Bagaimanakah untuk menukar had pengeluaran tunai?
Had Penukaran Pengeluaran boleh didapati di CRM kami dengan hanya memilih butang Lain-Lain dan diikuti dengan butang Penukaran Had dan Pengeluaran (gandaan dari RM1,000.00 hingga RM5,000.00 sehari) atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-20963000 dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 pagi setiap hari.
- Bolehkah saya menggunakan kad lain-lain bank untuk melakukan transaksi di terminal (CRM) MBSB Bank?
MBSB Bank adalah sebahagian Rangkaian MEPS. Oleh itu, anda boleh menggunakan kad debit MBSB Bank / kad lain-lain bank untuk transaksi pengeluaran tunai atau menyemak baki akaun melalui terminal (CRM) MBSB Bank atau di lebih 11,000 Rangkaian ATM MEPS (berlabel MEPS) di Malaysia.
- Apakah jenis pembayaran pembiayaan yang boleh saya lakukan di terminal (CRM) MBSB Bank?
Anda boleh membuat pembayaran pembiayaan untuk pembiayaan perumahan dan Peribadi-i. Walau bagaimanapun, perkhidmatan pembayaran pembiayaan sewa beli akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
- Berapa banyak mata wang kertas yang boleh saya depositkan untuk setiap transaksi deposit tunai?
Terminal (CRM) kami boleh menerima sehingga 200 helai mata wang kertas untuk setiap transaksi deposit tunai samada deposit ke akaun simpanan/semasa atau pembayaran pembiayaan.
- Bolehkah saya menukar PIN Kad Debit-i Visa MBSB Bank? Bagaimanakah caranya untuk menetapkan PIN baru di terminal (CRM) MBSB Bank?
Ya, anda dibenarkan melakukan penukaran PIN di terminal (CRM) kami. Pada skrin menu utama, pilih butang Lain-lain dan seterusnya butang Penukaran PIN. Kemudian, masukkan PIN baru yang diikuti dengan pengesahan PIN baru. Skrin akan mengemas kini PIN baru dan memaparkan sama ada kemas kini PIN baru berjaya.
- Bagaimana jika saya terlupa nombor PIN dan memasukkan PIN yang salah beberapa kali?
Percubaan PIN adalah maksimum 3 kali berturut-turut. Percubaan yang salah pada kali keempat secara berturut, status kad akan disekat secara automatik. Pengiraan pengesahan PIN akan digabungkan antara terminal (CRM) dan Perbankan Internet. Sebagai contoh, 2 percubaan PIN yang salah di terminal (CRM) dan 1 percubaan PIN yang salah di Perbankan Internet akan dikira secara kolektif sebanyak 3 kali.
Oleh itu, sila terus ke mana-mana cawangan MBSB Bank yang terdekat untuk permohonan PIN baru.