MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk beroperasi sebagai institusi Perbankan Islam. Sebagai entiti yang sepenuhnya dikawal selia, Bank ini beroperasi di bawah pengawasan BNM selaras dengan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, memastikan pematuhan terhadap prinsip-prinsip Syariah.
Sebagai sebuah bank Islam sepenuhnya di Malaysia, MBSB Bank menawarkan rangkaian lengkap penyelesaian kewangan patuh Syariah untuk pelanggan runcit, PKS, dan korporat.
Sebagai anak syarikat milik penuh MBSB Berhad (MBSB), Bank ini terus memacu inovasi melalui produk pembiayaan dan penyelesaian digital, meningkatkan pengalaman pelanggan sambil memenuhi keperluan pasaran yang sentiasa berubah.
Dengan rangkaian cawangan di seluruh negara yang disokong oleh keupayaan perbankan mudah alih yang mantap, MBSB Bank menyediakan perkhidmatan perbankan yang lancar, mudah, dan boleh diakses oleh semua pelanggan.