Langkau ke kandungan utama

Perbankan Layan Diri

Perbankan Layan Diri tersedia di cawangan kami untuk kemudahan para pelanggan yang dihargai

Perbankan Layan Diri atau dikenali juga sebagai Cash Recycling Machine (CRM) menggabungkan fungsi kedua-dua Mesin Teler Automatik (ATM) dan Mesin Deposit Tunai (CDM). Ini membolehkan para pelanggan melakukan pelbagai transaksi, misalnya, pertanyaan baki, pengeluaran, deposit, pembayaran pembiayaan, pembayaran bil dan pemindahan dana.

Kami merupakan bank (Perbankan Islam) PERTAMA di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan CRM dengan teknologi 'Swipe Function'. Matlamat kami adalah untuk menyediakan pengalaman pengguna yang menyenangkan dan interaktif di mana transaksi boleh dilakukan dengan mudah dan mempunyai sentuhan peribadi.

Perbankan Layan Diri kami boleh diakses setiap hari dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam di cawangan-cawangan berikut:

WILAYAH UTARA PERLIS KANGAR Sila klik di sini
KEDAH ALOR SETAR Sila klik di sini
KULIM
LANGKAWI
SUNGAI PETANI
PENANG PENANG Sila klik di sini
SEBERANG JAYA
PERAK IPOH Sila klik di sini
TAIPING
WILAYAH TENGAH SELANGOR BANDAR BARU BANGI Sila klik di sini
BATU CAVES
KAJANG
KELANA JAYA
KLANG
PJ SENTRAL
PUCHONG
SHAH ALAM EMIRA
WILAYAH PERSEKUTUAN CHERAS Sila klik di sini
DAMANSARA
JALAN SULTAN ISMAIL
MATRADE (CBC)
WANGSA MAJU
PUTRAJAYA PUTRAJAYA Sila klik di sini
WILAYAH SELATAN JOHOR BATU PAHAT Sila klik di sini
JOHOR BAHRU
KLUANG
KULAI
MUAR
TAMAN MOLEK
TEBRAU
MELAKA MELAKA Sila klik di sini
NEGERI SEMBILAN SEREMBAN Sila klik di sini
WILAYAH PANTAI TIMUR KELANTAN KOTA BHARU Sila klik di sini
PAHANG KUANTAN Sila klik di sini
TERENGGANU KEMAMAN Sila klik di sini
KUALA TERENGGANU
WILAYAH TIMUR MALAYSIA SABAH INANAM Sila klik di sini
KOTA KINABALU
SANDAKAN
TAWAU
SARAWAK BINTULU Sila klik di sini
KUCHING
MIRI
SIBU

 

CRM akan ditempatkan secara berperingkat di cawangan-cawangan MBSB Bank di seluruh negara. Untuk maklumat terkini mengenai ketersediaan perkhidmatan CRM di cawangan terdekat, sila layari laman web MBSB Bank di www.mbsbbank.com

No Perkhidmatan & Deskripsi
1

PENUKARAN PIN

  • Penukaran PIN boleh dibuat melalui terminal layan diri (CRM) atau Perbankan Internet, dan PIN baharu akan dikemas kini secara automatik di kedua-dua saluran.
  • Maksimum tiga (3) percubaan PIN berturut-turut dibenarkan. Percubaan keempat dengan PIN yang salah akan menyebabkan kad disekat (Captured PIN).
  • Bilangan percubaan PIN dikira secara gabungan bagi kedua-dua saluran, iaitu CRM dan Perbankan Internet.
  • Kad yang disekat boleh diganti semula di mana-mana cawangan MBSB Bank.
2

SEMAKAN BAKI (AKAUN SIMPANAN & SEMASA)

  • Kad Debit Visa-i MBSB Bank: Sehingga empat belas (14) akaun yang dipautkan.
  • Kad Bank lain: Satu (1) akaun simpanan utama dan satu (1) akaun semasa utama sahaja.
3

PENGELUARAN TUNAI

  • Kad Debit Visa-i MBSB Bank:
    • Pengeluaran tunai daripada akaun Simpanan atau Semasa yang aktif.
    • Had maksimum RM1,500/transaksi dan Had harian antara RM3,000 hingga RM5,000.
    • Had pengeluaran boleh dikemaskini di terminal layan diri (CRM) MBSB Bank, Pusat Panggilan atau cawangan MBSB Bank yang terdekat.
  • Kad Bank Lain:
    • Pengeluaran tunai daripada satu (1) akaun Simpanan dan satu (1) akaun Semasa.
    • Had maksimum RM1,500/transaksi dan tertakluk kepada had harian bank pengeluar kad.
  • Pilihan Tunai Segera: RM100, RM200, RM300, RM500, RM700, RM1,000 dan RM1,500.
4

PINDAHAN DANA INTRABANK

  • Pindahan dana antara akaun MBSB Bank (Simpanan dan/atau Semasa).
  • Pindahan Dana Sendiri:
    • Pemastautin & Bukan Pemastautin yang dikategorikan Exempted Group (EG): Tiada had minimum/maksimum
    • Bukan Pemastautin: Had RM10,000 sehari.
  • Pindahan Dana pihak ketiga: Had maksimum RM10,000 sehari bagi semua kategori.
5

PINDAHAN DANA ANTARA BANK

  • Pindahan Segera
    • Pindahan dana serta-merta ke akaun bank lain (akaun deposit, pembiayaan atau kad kredit).
    • Empat (4) senario pindahan yang tersedia di terminal layan diri (CRM) MBSB Bank:
      Senario Dari → Kepada
      1 Kad Bank lain → Akaun Bank lain
      Contoh: Kad Bank X → Akaun Bank X
      2 Kad Bank lain → Akaun MBSB Bank
      3 Kad debit-i Visa MBSB Bank → Akaun Bank lain
      4 Kad Bank lain → Akaun Bank lain
      Contoh: Kad Bank X → Akaun Bank Y di terminal layan diri (CRM) MBSB Bank
  • Pindahan Antara Bank GIRO (IBG):
    • Pindahan dana tertangguh mengikut jadual pemprosesan IBG. Jadual pemprosesan pindahan dana boleh dirujuk di laman web PayNet.
    • Membenarkan pengesahan ID kedua menggunakan MyKad Lama/Baharu, ID Tentera/Polis, Pasport atau Nombor Pendaftaran Perniagaan.
  • DuitNow:
    • Pindahan dana serta-merta menggunakan proksi berdaftar seperti nombor telefon, NRIC, pasport, ID Tentera/Polis atau nombor pendaftaran perniagaan.
    • Fungsi penyelenggaraan: pendaftaran, pembatalan pendaftaran, pengaktifan/nyahaktif, pertukaran bank dan pertukaran akaun.
  • Had Gabungan Harian (Pindahan Segera, IBG & DuitNow):
    • Pemastautin: RM50,000
    • Bukan Pemastautin: RM10,000
    • Bukan Pemastautin yang dikategorikan Exempted Group (EG): RM50,000
      Contoh:
      Transaksi Jumlah dana dipindahkan Baki dana untuk transaksi lain
      Pindahan Segera RM25,000 RM25,000 (IBG & DuitNow)
      IBG RM30,000 RM20,000 (Pindahan Segera & DuitNow)
      DuitNow RM50,000 TIADA (NIL)

      Nota: Contoh yang sama turut terpakai kepada akaun bukan pemastautin, tertakluk kepada had maksimum RM10,000.

  • Senarai rangkaian bank yang terlibat boleh dirujuk di laman web PayNet.
6

PEMBAYARAN PEMBIAYAAN

  • Pembayaran untuk akaun pembiayaan sendiri atau pihak ketiga (contoh: Perumahan-i, Pembiayaan Peribadi-i, Sewa Beli-i) yang aktif tanpa tunggakan.
  • Pembayaran oleh pihak ketiga juga boleh dibuat melalui fungsi ATM/CDM di terminal layan diri (CRM).
7

SEMAKAN PEMBIAYAAN

  • Terhad kepada pemegang akaun pembiayaan yang dipautkan dengan Kad Debit Visa-i MBSB Bank.
  • Semakan bagi akaun pihak ketiga tidak dibenarkan.
8

JOMPAY

  • Pembayaran bil melalui terminal layan diri (CRM) tanpa caj perkhidmatan.
  • Had transaksi: Lalai RM1,000 | Maksimum RM10,000.
9

DEPOSIT TUNAI

  • Deposit tunai melalui fungsi CDM menggunakan Kad Debit Visa-i MBSB Bank atau tanpa kad.
  • Maksimum 200 keping wang kertas setiap transaksi (deposit atau pembiayaan).
10

PENUKARAN HAD

  • Pengeluaran Tunai: Gandaan RM1,000 | Maksimum RM5,000
  • Pindahan Dana Intrabank: Gandaan RM2,000 | Maksimum RM10,000
  • Pindahan Dana Antara Bank: Gandaan RM10,000 | Maksimum RM50,000
  • Pembelian POS / Dalam Talian: Maksimum RM10,000
11

TRANSAKSI LUAR NEGARA (PENGAKTIFAN / NYAH-AKTIF)

  • Aktif/nyahaktif penggunaan ATM luar negara untuk MBSB Bank Visa Debit Card-i (ATM Rentas Sempadan melalui VISA Plus).
  • Tetapan boleh ditetapkan secara kekal atau sementara, termasuk tarikh kuat kuasa dan tarikh tamat.
12

PERMOHONAN BUKU CEK

  • Untuk akaun Semasa.
  • Sedia untuk diambil dalam tempoh 3 hari bekerja.
13

PERMOHONAN PENYATA AKAUN (AKAUN SEMASA)

  • Permohonan penyata akaun Semasa melalui terminal layan diri (CRM).
  • Penyata akan dihantar melalui pos dalam tempoh 10 hari bekerja.
14

MENCETAK PENYATA MINI

  • Cetakan 10 transaksi terakhir bagi akaun Simpanan atau Semasa.
15

DEPOSIT BERTEMPOH-i (PENEMPATAN)

  • Pilihan tempoh: 1, 3, 6, 9, 12, 15, 18, 24, 36, 48 dan 60 bulan.
  • Minimum penempatan RM500, didebitkan serta-merta daripada akaun Simpanan atau Semasa yang dipautkan.

Untuk khidmat pelanggan dan sokongan teknikal, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami:

  • +603-20963000 (6.00 pagi hingga 12.00 pagi setiap hari) atau
  • Emel: enquiry@mbsbbank.com atau complaint@mbsbbank.com.

Anda juga boleh mengunjungi cawangan MBSB Bank dari Isnin hingga Jumaat (9.00pagi hingga 4.30 petang)

  1. Berapakah jumlah maksimum bagi pengeluaran tunai melalui terminal (CRM) MBSB Bank?

    Had pengeluaran tunai adalah RM3,000.00. Anda boleh mengeluarkan sehingga RM5,000.00 sehari. Manakala, had maksimum bagi setiap transaksi pengeluaran adalah RM1,500.00. Had pengeluaran untuk kad debit lain-lain bank adalah tertakluk kepada had yang ditetapkan oleh setiap Bank.

  2. Bagaimanakah untuk menukar had pengeluaran tunai?

    Had Penukaran Pengeluaran boleh didapati di CRM kami dengan hanya memilih butang Lain-Lain dan diikuti dengan butang Penukaran Had dan Pengeluaran (gandaan dari RM1,000.00 hingga RM5,000.00 sehari) atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-20963000 dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 pagi setiap hari.

  3. Bolehkah saya menggunakan kad bank lain untuk melakukan transaksi di terminal (CRM) MBSB Bank?

    Ya, pelanggan bank-bank lain dari Rangkaian ATM (PayNet) serta pelanggan kad antarabangsa (kad serantau) boleh mengakses dana mereka di terminal (CRM) MBSB Bank untuk transaksi pengeluaran tunai atau pertanyaan baki.

    Nota:

    Pelanggan kad antarabangsa (kad serantau) hanya boleh melakukan transaksi pengeluaran tunai. Kad antarabangsa (kad serantau) adalah dari negara-negara berikut:

    1. Indonesia

    2. Thailand

    3. South Korea

    4. Vietnam

  4. Apakah jenis pembayaran pembiayaan yang boleh saya lakukan di terminal (CRM) MBSB Bank?

    Anda boleh membuat pembayaran untuk Pembiayaan Perumahan-i, Pembiayaan Peribadi-i dan Pembiayaan Sewa Beli-i (untuk status akaun yang baik) di terminal (CRM) MBSB Bank.

  5. Berapa banyak mata wang kertas yang boleh saya depositkan untuk setiap transaksi deposit tunai?

    Terminal (CRM) kami boleh menerima sehingga 200 helai mata wang kertas untuk setiap transaksi deposit tunai samada deposit ke akaun simpanan/semasa atau pembayaran pembiayaan.

  6. Bolehkah saya menukar PIN Kad Debit-i Visa MBSB Bank? Bagaimanakah caranya untuk menetapkan PIN baru di terminal (CRM) MBSB Bank?

    Ya, anda dibenarkan melakukan penukaran PIN di terminal (CRM) kami. Pada skrin menu utama, pilih butang Lain-lain dan seterusnya butang Penukaran PIN. Kemudian, masukkan PIN baru yang diikuti dengan pengesahan PIN baru. Skrin akan mengemas kini PIN baru dan memaparkan sama ada kemas kini PIN baru berjaya.

  7. Bagaimana jika saya terlupa nombor PIN dan memasukkan PIN yang salah beberapa kali?

    Percubaan PIN adalah maksimum 3 kali berturut-turut. Percubaan yang salah pada kali keempat secara berturut, status kad akan disekat secara automatik. Pengiraan pengesahan PIN akan digabungkan antara terminal (CRM) dan Perbankan Internet. Sebagai contoh, 2 percubaan PIN yang salah di terminal (CRM) dan 1 percubaan PIN yang salah di Perbankan Internet akan dikira secara kolektif sebanyak 3 kali. Oleh itu, sila terus ke mana-mana cawangan MBSB Bank yang terdekat untuk permohonan PIN baru.

  8. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya kad debit ditelan oleh mesin (CRM)?

    • Untuk Kad Debit-i Visa MBSB Bank:

      • Hubungi segera Pusat Khidmat Pelanggan MBSB Bank di talian 03-20963000 untuk menyekat kad  dan pergi ke mana-mana cawangan MBSB Bank yang terdekat untuk penukaran kad.

    • Untuk kad Bank Lain:

      • Hubungi segera bank masing-masing (bank pengeluar kad) untuk menyekat dan menggantikan kad.