
Pertandingan Rekabentuk Poster
Terbuka kepada semua pelajar UiTM. Rekabentuk poster yang terbaik berdasarkan tema Kempen Kesedaran Jenayah Siber.

Kesedaran Penipuan – Pembelian Dalam Talian
Biasanya terjadi apabila penipu menyamar sebagai 'pembeli Dalam Talian'. Tujuannya adalah untuk menerima produk tanpa membuat bayaran dengan menggunakan pelbagai helah.

Kesedaran Penipuan – Peraduan Dalam Talian
Penipu akan menghantar e-mel, teks dan mesej langsung di dalam media sosial atau menghubungi mangsa berkenaan kemenangan peraduan atas talian. Penipu juga memberitahu mangsa akan menerima hadiah dan memujuk mereka untuk memberikan maklumat sulit.

Kesedaran Penipuan - Peniaga Palsu
Penipu berlagak seperti peniaga di dalam laman-laman perdagangan (Shopee, Lazada) atau dalam laman media sosial. Penipu akan mencipta laman web palsu yang kelihatan seperti laman web sah untuk menjual produk yang tidak wujud.

Sindiket Pembiayaan Fraud
Sindiket yang mendakwa bahawa mereka menawarkan khidmat pembiayaan kepada mangsa, yang akhirnya merupakan satu penipuan. Sindiket juga akan meminta mangsa untuk membuat bayaran sebelum mendapat kelulusan.

Perbankan Selamat
Selamatkan data anda semasa membuat transaksi dalam talian. Ini adalah langkah-langkah untuk memastikan keselamatan akaun anda.

Sarangan Kata Laluan Keselamatan
Serangan Kata Laluan Keselamatan merupakan penipuan yang dilakukan melalui tekaan kata nama dan kata laluan perbankan internet anda secara rawak.

Penipuan Perniagaan Dalam Talian
Transaksi dalam talian adalah untuk memudahkan urusan namun tetap juga tidak terlepas dari risiko. Berikut adalah ciri-ciri penipuan dan langkah-langkah mengatasinya.

Panggilan Palsu
Penipuan bungkusan terlarang adalah perbuatan dimana penipu menuduh mangsa memesan/menerima/menghantar bungkusan barang-barang larangan. Mereka akan mengugut mangsa dengan menyamar sebagai anggota polis dan memaksa mangsa untuk memindahkan wang, mendedahkan nombor TAC dan butiran perbankan dalam talian.

Keldai Akaun
Keldai akaun adalah akaun simpanan/semasa yang dimiliki oleh individu yang direkrut oleh penipuan sindiket. Keldai akaun kerap dicipta untuk menjalankan kegiatan haram.

Memancing Data
Jika ianya tidak masuk akal, ia mungkin penipuan.

Penipuan TAC
Kod Kebenaran Transaksi (TAC) adalah kod 6 digit yang digunakan untuk transaksi dalam talian. Kerap dihantar ke telefon bimbit anda sebagai keselamatan lapisan kedua.

Cyber Security Campaign
Taking a pragmatic effort to raise awareness on cyber security to the public, MBSB Bank collaborated with Cyber Security Malaysia (SCM) on its Cyber Security Campaign.

No To Bully Campaign
Bullying has become a nationwide problem and because it can happen anywhere, to anyone, regardless of race or position in society and we’ve decided to take this issue as the driving force behind our campaign.