Langkau ke kandungan utama

Pengurusan Kekayaan
- Perlindungan

Bersama-sama dengan rakan perniagaan yang terkemuka, kami menyediakan produk Pengurusan Kekayaan yang komprehensif dan inovatif untuk memenuhi keperluan perancangan kewangan pelanggan kami.

Untuk keperluan asas anda

M-Shield Takaful
M-Shield Takaful

Lindungi masa depan kewangan keluarga anda dengan perlindungan Takaful yang fleksibel dan direka untuk memberikan bantuan ketika kejadian yang tidak dijangka disamping membantu mengembangkan simpanan anda. Sesuaikan rancangan mengikut keperluan dan kemampuan kewangan anda, bermula dengan sumbangan pada kadar yang berpatutan.

M-First Takaful
M-First Takaful

Perlindungan perubatan komprehensif yang menyediakan bantuan kewangan segera kepada keluarga anda sekiranya berlaku kematian. Nikmati fleksibiliti untuk pengeluaran sebahagian daripada simpanan anda di saat yang diperlukan dan juga nikmati hasil simpanan anda apabila matang. Faedah pilihan lain termasuk penerimaan pendapatan harian jika dimasukkan ke hospital.

M-Edu Plus Takaful
M-Edu Plus Takaful

M-Edu Plus Takaful direka untuk ibu bapa, menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk simpanan, perlindungan tinggi dan ganjaran kecemerlangan untuk kedua-dua pencapaian akademik serta kokurikulum untuk anak-anak mereka.

Group Personal Accident Takaful – Snatch Theft
Group Personal Accident Takaful – Snatch Theft

Perlindungan menyeluruh sekiranya berlaku kehilangan upaya kekal dan kematian akibat kemalangan sehingga RM75,000. Manfaat tambahan termasuk perlindungan akibat diragut dengan kelayakan pampasan sebanyak RM500.

Motor Takaful
Motor Takaful

Takaful Motor membiayai kerugian atau kerosakan pada kenderaan anda sendiri disebabkan kebakaran, kecurian atau kemalangan yang tidak disengajakan, dan/ atau kecederaan tubuh badan atau kematian pihak ketiga, kerugian atau kerosakan pihak ketiga.

Untuk pengurusan pembiayaan anda

Mortgage Reducing Personal Accident Takaful (MRPA)
Mortgage Reducing Personal Accident Takaful (MRPA)

Melindungi Peserta Takaful terhadap kecederaan tubuh badan yang menyebabkan kematian atau hilang keupayaan kekal yang berlaku di mana-mana di dunia dan disebabkan semata-mata oleh kemalangan selama 24jam sehari.

Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT)
Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT)

Dengan produk MRTT, anda boleh melindungi rumah dan keluarga anda daripada perkara yang tidak diingini, supaya mereka tidak dibebani dengan pembayaran gadai janji atau menghadapi kemungkinan untuk kehilangan rumah mereka.

Group Credit Term Takaful (GCTT)
Group Credit Term Takaful (GCTT)

Pelan caruman tunggal dalam menyediakan perlindungan kepada pembiayaan pelanggan dan kemudahan kredit bank, sekiranya terdapat kejadian tidak dibayar akibat kematian atau hilang upaya. Secara amnya, jumlah perlindungan berkurangan mengikut tempoh, menjadikannya pilihan yang sempurna untuk perlindungan pembiayaan.

Zurich Homeowner Premier Takaful
Zurich Homeowner Premier Takaful

Pelan Homeowner Premier Takaful melindungi keseluruhan struktur rumah termasuk dinding, bumbung, lekapan dan kelengkapan, garaj, dan pagar.

Untuk pembiayaan pelanggan

MBSB An-Nur
MBSB An-Nur

MBSB An-Nur adalah pelan takaful jangka panjang yang boleh diperbaharui yang menyediakan bayaran manfaat sekali gus sekiranya berlaku kematian, Hilang Upaya Total dan Kekal (TPD) atau Penyakit Terminal Orang yang Dilindungi akibat sebarang sebab dengan perlindungan 24 jam dalam tempoh liputan.

Zurich MBSB GPA Takaful
Zurich MBSB GPA Takaful

Skim Kemalangan Peribadi Kumpulan (GPA) mengimbangi sekumpulan orang yang dilindungi sekiranya mereka mengalami kecederaan akibat keganasan, tidak sengaja, luaran dan kelihatan.