BANTUAN BAYARAN BALIK BERSASAR


Pelanggan Yang Dihargai,

Berikutan dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), MBSB Bank akan terus menawarkan Bantuan Bayaran Balik Bersasar kepada pelanggan yang kewangannya terjejas akibat Covid-19, ini termasuklah kategori Perusahaan Mikro /Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang tidak dibenarkan beroperasi semasa PKP.

Pilihan yang ditawarkan mengikut kategori pelanggan adalah seperti berikut:

Bil Kategori Pilihan
1. Pelanggan dari Kumpulan B40 yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH)/Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Tiga (3) bulan moratorium;

ATAU

Pengurangan bayaran sebanyak 50% selama 6 bulan.
2. Pelanggan dari Kumpulan M40/T20 yang kehilangan pekerjaan (pada 2020 atau 2021).
3. Perusahaan Mikro /PKS yang tidak dibenarkan beroperasi semasa PKP.
4. Pelanggan yang pendapatan/bayaran bulanan dikurangkan/dipotong. Pengurangan bayaran bulanan mengikut kadar pengurangan pendapatan selama 6 bulan.

Pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 03-20963000 sementara Pelanggan Perusahaan Mikro/SME digalakkan untuk menghubungi Pengurus Perhubungan kami untuk mendapatkan nasihat lengkap yang sesuai dengan kedudukan kewangan anda. Atau sila layari laman web MBSB Bank di www.mbsbbank.com

Pelanggan juga boleh terus mendapatkan nasihat dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mengikuti pautan ini https://www.akpk.org.my

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Soalan-Soalan Lazim (SSL) atau klik "Permohonan" untuk memohon.

Terima Kasih.

Disclaimer

You are about to enter a third party website and MBSB Bank’s privacy policy will cease to apply. MBSB Bank does not maintain or control privacy or security on this site, and makes no guarantees as to the privacy of any information you may provide or disclose while on this site.

Do you wish to proceed ?

Yes / No