Terma dan Syarat
NOTIS
SILA AMBIL NOTIS BAHAWA, MBSB Bank tidak mengiktiraf mana-mana individu atau syarikat untuk menggunakan identiti korporat MBSB Bank di laman-laman web, blog, laman rangkaian sosial atau apa jua bentuk di dalam internet.
Kami ingin menjelaskan bahawa laman web rasmi MBSB Bank adalah www.mbsbbank.com.
MBSB Bank tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian kewangan yang dialami oleh mana-mana pihak yang berurusan melalui maklumat yang diperolehi dari sumber yang tidak diiktiraf.
Pada ketika ini, kami ingin mengingatkan orang ramai dan pelanggan-pelanggan kami untuk menghentikan sebarang hubungan dengan mana-mana pihak yang tidak diiktiraf oleh MBSB Bank. Sekiranya anda mempunyai apa-apa keraguan dan perlu maklumat lanjut, sila hubungi:
MBSB Bank Berhad
Tingkat 25, Menara MBSB Bank,
PJ Sentral, Lot 12,
Persiaran Barat, Seksyen 52,
46200 Petaling Jaya,
Selangor.
Tel: 03-2096 3000
Faks: 03-2096 3292