Langkau ke kandungan utama

Pengurusan Kekayaan
- Perlindungan

Bersama-sama dengan rakan perniagaan yang terkemuka, kami menyediakan produk Pengurusan Kekayaan yang komprehensif dan inovatif untuk memenuhi keperluan perancangan kewangan pelanggan kami.

Untuk keperluan asas anda

M-First Takaful
M-First Takaful

Perlindungan perubatan komprehensif yang menyediakan bantuan kewangan segera kepada keluarga anda sekiranya berlaku kematian. Nikmati fleksibiliti untuk pengeluaran sebahagian daripada simpanan anda di saat yang diperlukan dan juga nikmati hasil simpanan anda apabila matang. Faedah pilihan lain termasuk penerimaan pendapatan harian jika dimasukkan ke hospital.

M-Edu Plus Takaful
M-Edu Plus Takaful

M-Edu Plus Takaful direka untuk ibu bapa, menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk simpanan, perlindungan tinggi dan ganjaran kecemerlangan untuk kedua-dua pencapaian akademik serta kokurikulum untuk anak-anak mereka.

Group Personal Accident Takaful – Snatch Theft
Group Personal Accident Takaful – Snatch Theft

Perlindungan menyeluruh sekiranya berlaku kehilangan upaya kekal dan kematian akibat kemalangan sehingga RM75,000. Manfaat tambahan termasuk perlindungan akibat diragut dengan kelayakan pampasan sebanyak RM500.

Untuk pengurusan pembiayaan anda

Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT)
Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT)

Dengan produk MRTT, anda boleh melindungi rumah dan keluarga anda daripada perkara yang tidak diingini, supaya mereka tidak dibebani dengan pembayaran gadai janji atau menghadapi kemungkinan untuk kehilangan rumah mereka.

Group Credit Term Takaful (GCTT)
Group Credit Term Takaful (GCTT)

Pelan caruman tunggal dalam menyediakan perlindungan kepada pembiayaan pelanggan dan kemudahan kredit bank, sekiranya terdapat kejadian tidak dibayar akibat kematian atau hilang upaya. Secara amnya, jumlah perlindungan berkurangan mengikut tempoh, menjadikannya pilihan yang sempurna untuk perlindungan pembiayaan.

Fire Houseowner Takaful
Fire Houseowner Takaful

Pelan Houseowner Takaful melindungi keseluruhan struktur rumah termasuk dinding, bumbung, lekapan dan kelengkapan, garaj, dan pagar.

Untuk pembiayaan pelanggan

An-Nur
An-Nur

An-Nur adalah pelan takaful jangka panjang yang boleh diperbaharui yang menyediakan bayaran manfaat sekali gus sekiranya berlaku kematian, Hilang Upaya Total dan Kekal (TPD) atau Penyakit Terminal Orang yang Dilindungi akibat sebarang sebab dengan perlindungan 24 jam dalam tempoh liputan.

Group Personal Accident (GPA)
Group Personal Accident (GPA)

Skim Kemalangan Peribadi Kumpulan (GPA) mengimbangi sekumpulan orang yang dilindungi sekiranya mereka mengalami kecederaan akibat keganasan, tidak sengaja, luaran dan kelihatan.