Polisi Pemberian Maklumat MBSB Bank

MBSB Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai "Bank") berusaha memastikan urusan perniagaan dan operasi dilaksanakan dengan profesional dan beretika. Oleh itu, mengikut budaya korporat yang baik, Bank telah melaksanakan Polisi Pemberian Maklumat sebagai saluran kepada Pemberi Maklumat untuk membuat pendedahan berkaitan sebarang salahlaku dan tindakan tidak wajar.

  • Siapakah yang boleh membuat dedahan salahlaku?
    • Mana-mana pekerja Bank.
    • Mana-mana individu yang memberikan perkhidmatan atau mempunyai hubungan perniagaan dengan Bank

Bagi membolehkan Bank melindungi Pemberi Maklumat dan untuk mengelakkan pendedahan salahlaku palsu dan berniat jahat, surat layang dan salahguna saluran laporan; kesemua Pemberi Maklumat dikehendaki memberikan butiran peribadi dan maklumat untuk mereka dihubungi (contact information) di dalam laporan pendedahan mereka. Kesemua laporan dan maklumat yang diberikan akan dianggap sulit dan atas dasar "perlu tahu" bagi membantu siasatan dan/atau mengambil tindakan yang sewajarnya berikutan siasatan tersebut.

Pendedahan salahlaku yang dilaporkan haruslah berdasarkan justifikasi yang kukuh bahawa maklumat dan dakwaan yang dibuat adalah benar. Selain dari itu, Pemberi Maklumat juga harus memastikan bahawa pendedahan salahlaku itu dibuat dengan jujur dan bukan untuk kepentingan peribadi atau didorong oleh niat jahat.

  • Pendedahan Salahlaku
    • Kelakuan tidak wajar atau perbuatan salah yang memberi kesan negatif kepada Bank
    • Kesalahan jenayah termasuk penipuan, rasuah dan ugutan
    • Kegagalan untuk mematuhi peruntukan undang-undang

Saluran Pemberian Maklumat

Sila hantarkan Borang Pemberian Maklumat yang lengkap melalui mana-mana saluran yang berikut:

Laporan terhadap Laporan Dituju Ke Saluran Komunikasi
  1. Pengerusi Lembaga Pengarah MBSB Bank
  2. Ahli-ahli Lembaga Pengarah MBSB Bank (selain dari Pengerusi Lembaga Pengarah Audit)
  3. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
  4. Pekerja
Pengerusi Lembaga Pengarah Audit MBSB Bank
  1. Melalui email ke:
    whistleblowing1@mbsbbank.com
  2. Atau secara tulisan kepada:
    Pengerusi Lembaga Pengarah Audit, MBSB Bank
    Wisma MBSB
    48, Jalan Dungun,
    Damansara Heights,
    50490 Kuala Lumpur.
  1. Pengerusi Lembaga Pengarah Audit MBSB Bank
Pengerusi Lembaga Pengarah MBSB Bank
  1. Melalui email ke:
    whistleblowing2@mbsbbank.com
  2. Atau secara tulisan kepada:
    Pengerusi Lembaga Pengarah, MBSB Bank
    Wisma MBSB
    48, Jalan Dungun,
    Damansara Heights,
    50490 Kuala Lumpur.

Bank tidak akan melayan laporan pendedahan salahlaku yang tidak disertakan butir peribadi Pemberi Maklumat. Hanya laporan pendedahan salahlaku yang menggunakan Borang Pemberian Maklumat ini sahaja akan dilayan. Sila muat turun borang Whistleblowing di sini

Tindakan yang boleh diambil ke atas Pemberi Maklumat

Bank akan melindungi Pemberi Maklumat dari sebarang tindakan yang memudaratkan sekiranya ia dibuat secara jujur, termasuk sekiranya Pemberi Maklumat didapati secara tidak sengaja melakukan kesilapan di dalam pemberian maklumat tersebut.