Perkhidmatan Pemindahan Dana


A) Perkhidmatan Pemindahan Dana Tempatan
1. RENTAS

Cir-ciri / Faedah

  • Pemindahan dana antara bank dengan nilai tinggi di kalangan bank yang menyertainya di Malaysia.
  • Matawang yang terlibat - Ringgit Malaysia (MYR) sahaja
  • Pemindahan dana waktu sebenar / segera

Perkhidmatan Tersedia Melalui: -

  • Transaksi di Kaunter di semua cawangan
  • Perbankan Internet Korporat (CIB)

Had Transaksi

Jumlah minima ialah RM10,000.00.

Fi & Caj

Anda boleh melihat senarai penuh Fi & Caj disini

Fi dan caj akan dikecualikan untuk badan-badan kerajaan.

Masa Pemotongan Pemprosesan

Masa pemotongan pemprosesan adalah pada pukul 3:00 petang pada hari bekerja. Urusniaga yang dilakukan selepas waktu cuti / semasa cuti akan diproses pada hari bekerja berikutnya (Kuala Lumpur). Benefisiari akan menerima dana yang diremit pada hari yang sama.

2. Interbank GIRO (IBG)

Ciri-ciri / Faedah

  • Platform pemindahan dan pembayaran di Malaysia di antara lebih 40 ahli bank IBG
  • Tiada jumlah pemindahan minima
  • Kos yang minima
  • Cepat, selamat dan mudah

Perkhidmatan tersedia melalui: -

  • Transaksi di Kaunter di semua cawangan
  • Perbankan Internet
  • ATM/CRM
  • Perbankan Mudah Alih (Akan Datang)

Had Transaksi

Saluran Tersedia Had Transaksi Had Gabungan
Transaksi di Kaunter RM1,000,000.00 Tiada Had *
ATM/CRM
  • Pemindahan Segera/IBG
  • Pengeluaran
  • JomPay
 
RM5,000
RM10,000
RM50,000.00
 
 
Perbankan Internet   RM9,000 *
Perbankan Internet Korporat RM1,000,000.00 *  

Nota: * Tertakluk kepada kelulusan Bank

Fi & Caj

Anda boleh melihat senarai penuh Fi & Caj disini

Masa Pemprosesan

Pelanggan boleh melakukan transaksi di Kaunter semasa waktu perbankan dan bila-bila masa melalui ATM / CRM, Perbankan Internet, dan Perbankan Mudah Alih. Bergantung pada waktu urusniaga dilakukan, penerima akan menerima dana pada masa yang dinyatakan di bawah:

Pembayaran Dilakukan Pelanggan Dana Diterima Benefisiari Bayaran Balik Untuk Transaksi yang Tidak Berjaya
Hari Urusniaga (Isnin-Jumaat) 5:01am - 8:00am Hari Urusniaga Yang Sama Sehingga 2:00pm Sehingga 8:20pm
8:01am - 11:00am Sehingga 5:00pm Sehingga 11:00pm
11:01am - 2:00pm Sehingga 8:20pm Sehingga 11:00am
(Hari Urusniaga Seterusnya)
2:01pm - 5:00pm Sehingga 11:00pm Sehingga 11:00am
(Hari Urusniaga Seterusnya)
Selepas 5:00pm Hari Urusniaga Seterusnya Sehingga 11:00am Sehingga 5:00pm
(Hari Urusniaga Seterusnya)
Sabtu, Ahad, dan Cuti Umum Wilayah Persekutuan Hari Urusniaga Seterusnya Sehingga 11:00am Sehingga 5:00pm
(Hari Urusniaga Seterusnya)


B) Perkhidmatan Pemindahan Dana Asing
1. SWIFT

Ciri-ciri / Faedah

  • Pemindahan dalam matawang asing
  • Tiada jumlah minima / maksima *
  • Cepat, cekap, tepat, dan selamat

Nota: * Tertakluk kepada kelulusan Bank

Perkhidmatan Tersedia Melalui: -

  • Transaksi di Kaunter di semua cawangan
  • Perbankan Internet Runcit (RIB)
  • Perbankan Internet Korporat (CIB)

Fi & Caj

Anda boleh melihat senarai penuh Fi & Caj disini

Nota: * Harga tidak termasuk SST.

Mata Wang Tersedia

Pada masa ini, bank menawarkan transaksi dalam mata wang berikut:

UAE Dirham AED
Bahraini Dinar BHD
Euro EUR
British Pound GBP
Indonesian Rupiah IDR
Japanese Yen JPY
Qatari Riyal QAR
Saudi Riyal SAR
Singapore Dollar SGD
Thai Baht THB
United States Dollar USD

Masa Pemotongan Pemprosesan

Melaksanakan pengiriman wang mata wang asing  
TT Ke Dalam Masa Pemotongan adalah 2:00pm
  • Sebelum masa pemotongan : dikreditkan pada hari yang sama
  • Selepas masa pemotongan : dikreditkan pada hari urusniaga seterusnya
TT Ke Luar Masa Pemotongan adalah 4:00pm
  • Sebelum masa pemotongan : diproses pada hari yang sama
  • Selepas masa pemotongan : di proses pada hari seterusnya

Nota: Tarikh penerimaan dana tertakluk kepada kelengkapan maklumat dan tahap pemeriksaan /ketekunan wajar yang dilakukan oleh bank individu.

Semua ruangan di dalam borang ini harus dilengkapkan

Saya dengan ini bersetuju MBSB Bank untuk mengumpul, menggunakan dan memproses data peribadi saya untuk tujuan mengemukakan pertanyaan / aduan / maklum balas saya. * *

Saya mengakui bahawa saya telah membaca dan memahami Notis Privasi MBSB Bank. *