Apa itu GET - Global Easy Transfer?
GET - Global Easy Transfer ialah produk pemindahan wang antarabangsa oleh MBSB Bank, direka untuk memudahkan kiriman wang luar negara lebih pantas dan selamat. Diintegrasikan dalam aplikasi M Journey dan dipacu oleh Wise, GET memberikan anda akses kepada kadar tukaran mata wang yang kompetitif dan fi yang telus, supaya anda boleh menghantar wang ke seluruh dunia dengan penuh keyakinan.
Sama ada anda menyara keluarga, membayar perkhidmatan di luar negara atau mengurus komitmen peribadi di luar negara, GET memastikan pemindahan anda hanya memerlukan beberapa langkah sahaja. Alami perbankan tanpa sempadan yang dibina mengikut gaya hidup anda berteraskan keselamatan dan kemudahan.
Keistimewaan GET - Global Easy Transfer, Dipacu oleh WISE
Nikmati nilai yang telus, kompetitif dan berpatutan dalam setiap pemindahan.
Hantar wang ke luar negara dengan segera, dengan keselamatan yang dipercayai.
Lakukan penghantaran wang pada bila-bila masa, di mana sahaja. Semuanya melalui portal M Journey yang direka khas untuk kemudahan anda.
Pantau pemindahan anda secara langsung; pantas, telus dan boleh dipercayai.
13 matawang tersedia!
| United States Dollar | USD |
| Great Britain Pound | GBP |
| Australian Dollar | AUD |
| Singaporean Dollar | SGD |
| Indonesian Rupiah | IDR |
| Euro | EUR |
| Thailand Baht | THB |
| Chinese Yuan | CNY |
| Korean Won | KRW |
| Indian Rupee | INR |
| Hong Kong Dollar | HKD |
| Philippines Peso | PHP |
Produk ini dibawakan oleh MBSB Bank dan WISE.