Terminal Layan Diri



MBSB Bank dengan bangganya mengumumkan pelancaran Terminal Layan Diri baru yang terdapat di cawangan MBSB Bank untuk kemudahan pelanggan yang kami hargai.

Terminal Layan Diri atau dikenali juga sebagai Cash Recycling Machine (CRM) menggabungkan fungsi kedua-dua Mesin Teler Automatik (ATM) dan Mesin Deposit Tunai (CDM). Ini membolehkan para pelanggan melakukan pelbagai transaksi, misalnya, pertanyaan baki, pengeluaran, deposit, pembayaran pembiayaan, pembayaran bil dan pemindahan dana.

Kami merupakan bank (Perbankan Islam) PERTAMA di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan CRM dengan teknologi 'Swipe Function'. Matlamat kami adalah untuk menyediakan pengalaman pengguna yang menyenangkan dan interaktif di mana transaksi boleh dilakukan dengan mudah dan mempunyai sentuhan peribadi.

Lokasi Kami

Terminal Layan Diri kami boleh diakses dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 pagi setiap hari di cawangan berikut:

Wilayah Tengah WISMA MBSB,
48, Jalan Dungun Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur

Ground Floor, Podium Block,
Kenanga International,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

No. 49, Jalan Medan Pusat 2D,
Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Emira D'Kayangan,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor
Wilayah Utara No W-00 Ground Floor,
Wisma Penang Garden,
No 42, Jalan Sultan Ahmad Shah,
10050 Pulau Pinang

NO. 165 & 166,
Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Halim Fasa 2,
11, Susur Sultan Abdul Hamid,
05050 Alor Setar, Kedah
Wilayah Selatan No. 65 & 65A,
Jalan Molek 2/4,
Taman Molek,
81100 Johor Bahru, Johor.

D-1-5, D-2-5, D-3-5 & D-4-5,
Pusat Komersial Bayu Tasek,
Persiaran Southkey 1,
Kota Southkey,
80150 Johor Bahru, Johor

Lot 11-G & Lot 12-G,
Seremban City Centre,
Jalan Pasar,
70000 Seremban, Negeri Sembilan
Wilayah Pantai Timur 104-A, 104-B,
Tingkat Bawah dan Tingkat 1,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu, Terengganu

CRM akan ditempatkan secara berperingkat di cawangan MBSB Bank di seluruh negara. Sila layari laman web MBSB Bank di www.mbsbbank.com untuk maklumat terkini berkenaan kesediaan perkhidmatan CRM di cawangan terdekat anda.

Perkhidmatan & Caj

No Perkhidmatan & Deskripsi Fee & Caj
1 PENUKARAN PIN

  • Pelanggan MBSB Bank boleh menukar PIN di CRM dan PIN terkini akan dikemas kini ke aplikasi Perbankan Internet dan sebaliknya.
  • Percubaan PIN adalah maksimum 3 kali berturut-turut. Percubaan yang salah pada kali keempat secara berturut, status kad akan disekat secara automatik. Pengiraan pengesahan PIN akan digabungkan antara terminal (CRM) dan Perbankan Internet. Sebagai contoh, 2 percubaan PIN yang salah di terminal (CRM) dan 1 percubaan PIN yang salah di Perbankan Internet akan dikira secara kolektif sebanyak 3 kali
  • Oleh itu, sila terus ke mana-mana cawangan MBSB Bank yang terdekat untuk permohonan PIN baru.
Tiada Caj
2 PERTANYAAN BAKI (AKAUN SIMPANAN & SEMASA)

Kad Debit MBSB Bank Visa-i

  • Pelanggan MBSB Bank boleh menyemak baki akaun sehingga empat belas (14) Akaun Simpanan atau Semasa yang dipautkan dengan Kad Debit MBSB Bank Visa-i

MEPS (OFI, IFB, LIFB)

  • Pelanggan MEPS boleh menyemak baki akaun untuk satu (1) akaun simpanan utama dan satu (1) akaun semasa utama yang dipautkan ke kad MEPS.
Tiada Caj
3 CASH WITHDRAWAL

Kad Debit MBSB Bank Visa-i

  • Pengeluaran tunai bagi jumlah yang ditentukan adalah tertakluk kepada had pengeluaran harian yang ditetapkan pada kad debit dari Akaun Simpanan dan Semasa yang aktif.
  • Had pengeluaran wang yang telah ditetapkan adalah RM3,000 dan had maksimum ialah RM5,000.
  • Had maksimum pengeluaran tunai yang dibenarkan bagi setiap transaksi adalah RM1,500.
  • Had Pengeluaran boleh diubah di mana-mana terminal (CRM) MBSB Bank, Pusat Panggilan atau mana-mana cawangan MBSB Bank yang terdekat.
  • • Pilihan Urusniaga Tunai Cepat - Pengeluaran wang tunai bagi jumlah pra-tetap: RM100, RM200, RM300, RM500, RM700, RM1000 and RM1500.

MEPS (OFI, IFB, LIFB)

  • Pelanggan MEPS hanya boleh melakukan transaksi pengeluaran tunai dari satu (1) Akaun Simpanan Utama dan satu (1) Akaun Semasa Utama yang dipautkan dengan kad MEPS.
  • Had maksimum pengeluaran tunai yang dibenarkan bagi setiap transaksi adalah RM1,500.
  • Pengeluaran wang tunai bagi jumlah yang ditentukan adalah tertakluk kepada had pengeluaran harian yang ditetapkan pada kad debit bank masing-masing.
  • Pilihan Urusniaga Tunai Cepat - Pengeluaran wang tunai bagi jumlah pra-tetap: RM100, RM200, RM300, RM500, RM700, RM1000 and RM1500.

Kad Antarabangsa (Kad Serantau)

  • Pelanggan Kad Antarabangsa (Kad Serantau) hanya boleh melakukan transaksi pengeluaran tunai dari satu (1) Akaun Simpanan Utama dan satu (1) Akaun Semasa Utama yang dipautkan dengan kad.
  • Had maksimum pengeluaran tunai yang dibenarkan bagi setiap transaksi adalah RM1,500.
  • Pengeluaran wang tunai bagi jumlah yang ditentukan adalah tertakluk kepada had pengeluaran harian yang ditetapkan pada kad debit bank masing-masing.
  • Pilihan Urusniaga Tunai Cepat - Pengeluaran wang tunai bagi jumlah pra-tetap: RM100, RM200, RM300, RM500, RM700, RM1000 and RM1500.
  • Penyertaan Kad Antarabangsa (Kad Serantau):
    • Indonesia
    • Singapore
    • Thailand
    • South Korea
    • Vietnam
 
Tiada Caj
Kecuali akaun:
- Akaun Simpanan Wise Save-i (Wise Saver)
- Akaun Semasa Basic-i (Non-Fee)
Caj pengeluaran untuk 8 transaksi pertama adalah TIADA CAJ. Transaksi ke-9 dan seterusnya akan dikenakan caj RM0.50 bagi setiap transaksi.

OFI card: RM1.00
IFB card: RM2.00
LIFB: RM4.00










RM10.00
4 PINDAHAN DANA INTRABANK

Pindahan Dana Sendiri

  • Pelanggan MBSB Bank boleh melalukan pindahan dana antara akaun sendiri:
    • Simpanan→Simpanan
    • Simpanan→Semasa
    • Semasa→Semasa
    • Semasa→Simpanan
  • Tiada jumlah minimum atau maksimum yang ditetapkan untuk pindahan dana sendiri kecuali untuk akaun luar yang dihadkan kepada RM10,000.

Pindahan Dana Pihak Ketiga

  • Pelanggan MBSB Bank boleh melakukan pindahan dana dari akaun sendiri ke akaun pihak ketiga dalam MBSB Bank:
    • Simpanan→Simpanan
    • Simpanan→Semasa
    • Semasa→Semasa
    • Semasa→Simpanan
  • Jumlah maksimum pindahan dana pihak ketiga adalah RM10,000 sehari untuk akaun dalaman dan luaran.
Tiada Caj
5 PINDAHAN DANA ANTARA BANK (PINDAHAN SEGERA & IBG)

  • Pindahan Segera dan Interbank GIRO (IBG) adalah perkhidmatan yang membolehkan pemegang kad debit memindahkan dana ke mana-mana akaun MBSB Bank atau rangkaian bank (MEPS) yang lain untuk akaun deposit, pembiayaan dan kad kredit.
  • Jadual pindahan dana:
    • Pindahan Segera - Pindahan dana, kad kredit atau pembayaran pembiayaan adalah serta merta
    • IBG – Bergantung kepada jadual pindahan dana seperti berikut:
Hari Pindahan Dana Waktu Pindahan Dana Penerimaan Dana Bayaran Balik Untuk Transaksi Yang Tidak Berjaya
Hari Bekerja (Isnin - Jumaat) 5:01am - 8:00am Hari yang sama By 2:00pm Hari yang sama By 8:20pm
8:01am - 11:00am By 5:00pm By 11:00pm
11:01am - 2:00pm By 8:20pm Pada Hari Bekerja Berikutnya By 11:00am
2:01pm - 5:00pm By 11:00pm By 5:00pm
After 5:00pm ada Hari Bekerja Berikutnya By 11:00am By 5:00pm
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Wilayah Persekutuan Pada Hari Bekerja Berikutnya By 11:00am By 5:00pm

  • Penerima dana sama ada pihak yang sama atau akaun pihak ketiga.
  • Had limit Antara Bank untuk Pindahan Segera dan IBG:
    • Pemastautin - RM50,000
    • Bukan pemastautin - RM10,000
  • Contoh:
    • Sekiranya pelanggan pemastautin melakukan transaksi Pindahan Segera sebanyak RM25,000, baki had IBG yang dibenarkan ialah RM25,000.
    • Sekiranya pelanggan pemastautin melakukan transaksi IBG sebanyak RM30,000, baki Pindahan Segera yang dibenarkan adalah RM20,000.
    • Sekiranya pelanggan pemastautin melakukan transaksi Pindahan Segera sebanyak RM50,000, baki had IBG yang dibenarkan ialah RM0.
    Contoh yang sama diguna pakai untuk pelanggan bukan pemastautin berdasarkan had limit RM10,000.
  • Senario Pindahan Segera yang terdapat di terminal (CRM) MBSB Bank:
    • Senario 1: Kad OFI, IFB & LIFB → Akaun OFI, IFB & LIFB
    • Senario 2: Kad OFI, IFB & LIFB → Akaun MBSB Bank
    • Senario 3: Kad Debit MBSB Bank Visa-i → Akaun OFI, IFB & LIFB
    • Senario 4: Kad OFI, IFB & LIFB → Akaun OFI, IFB & LIFB lain-lain (Contoh: Bank X → Bank Y di terminal MBSB Bank)
Pindahan Segera:
RM5k : Tiada Caj,
>RM5k : RM0.50
IBG:RM0.30
6 PEMBAYARAN PEMBIAYAAN

  • Pelanggan MBSB Bank boleh membayar akaun pembiayaan sendiri atau pihak ke-3 untuk Pembiayaan Gadai-i, Pembiayaan Peribadi-i dan Pembelian I-Sewa (status akaun yang baik)
  • Pelanggan pihak ke-3 juga boleh membayar akaun pembiayaan bagi pihak pelanggan sama ada melalui fungsi ATM atau CDM di terminal (CRM).
Tiada Caj
7 PERTANYAAN PEMBIAYAAN

  • Pertanyaan pembiayaan boleh dilakukan oleh pemilik akaun pembiayaan sekiranya akaun pembiayaan dipautkan ke Kad Debit.
  • Pelanggan pihak ke-3 tidak boleh menyemak baki akaun pembiayaan pelanggan yang lain.
Tiada Caj
8 JOMPAY

  • Membenarkan pelanggan membayar bil dengan mudah dan selamat melalui terminal (CRM) tanpa bayaran dan caj.
  • Had limit JomPay adalah minimum RM1,000 dan maksimum RM10,000.
Tiada Caj
9 DEPOSIT TUNAI-i

  • Kemudahan Deposit Tunai-i melalui fungsi CDM sama ada dengan menggunakan Kad Debit MBSB Bank Visa-i atau tanpa kad.
  • Terminal (CRM) boleh menerima sehingga 200 keping nota mata wang bagi setiap transaksi deposit tunai, tanpa mengira sama ada deposit itu adalah untuk akaun deposit atau pembayaran pembiayaan.
Tiada Caj
10 PENUKARAN HAD

Penukaran Had Pengeluaran

  • Dari setiap RM1,000 hingga RM5,000.

Penukaran Had Pindahan Dana Intrabank

  • Dari setiap RM2,000 sehingga RM10,000.

Penukaran Pindahan Antara Bank (Had Pindahan Segera & IBG)

  • Dari setiap RM10,000 sehingga RM50,000.

Penukaran Had Limit POS / Pembelian Dalam Talian

  • Sehingga RM10,000.
Tiada Caj
11 TRANSAKSI LUAR NEGARA (PENGAKTIFAN / NYAH-AKTIF)

  • Pelanggan MBSB Bank boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan Kad Debit MBSB Bank Visa-i untuk kegunaan luar negara.
  • Pengaktifan boleh dipilih secara kekal atau sementara dengan menentukan tarikh berkuatkuasa dan tarikh luput.
  • Setelah diaktifkan, pemegang kad boleh menggunakan perkhidmatan ATM Bank Luar Negara (Paynet/Rintis/Nets/Artajasa/KFTC/ITMX/VISA Plus).
Tiada Caj
12 PERMOHONAN BUKU CEK

  • Pelanggan boleh memohon buku cek baharu untuk akaun Semasa.
  • Buku cek akan siap selepas 3 hari bekerja.
RM0.15 bagi setiap helai dan tambahan RM5.00 untuk caj penghantaran
13 PERMOHONAN PENYATA (AKAUN SEMASA)

  • Pelanggan MBSB Bank boleh memohon penyata akaun bagi Akaun Semasa melalui terminal (CRM).
  • Penyata akaun akan diposkan ke alamat pelanggan dalam tempoh 10 hari bekerja.
RM10.00 bagi setiap permohonan
14 MENCETAK PENYATA MINI

  • Pelanggan MBSB Bank mempunyai pilihan untuk mencetak penyata mini sama ada dari Akaun Simpanan atau Semasa.
  • Hanya 10 transaksi terakhir akan dicetak pada resit.
Tiada Caj
15 DEPOSIT BERTEMPOH-i (PENEMPATAN)

  • Pelanggan MBSB Bank boleh memohon Deposit Bertempoh-i dari 1, 3, 6, 9, 12, 15, 18, 24, 36, 48 dan 60 bulan.
  • Penempatan minimum ialah RM500 dan akan didebitkan dengan serta merta dari akaun semasa atau simpanan pelanggan.
Tiada Caj

Hubungi Kami

Untuk khidmat pelanggan dan sokongan teknikal, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami:

  • +603-20963000 (6.00 pagi hingga 12.00 pagi setiap hari) atau
  • Emel: enquiry@mbsbbank.com atau complaint@mbsbbank.com.

Anda juga boleh mengunjungi cawangan MBSB Bank dari Isnin hingga Jumaat (9.00pagi hingga 4.30 petang)

Soalan Lazim

  1. Berapakah jumlah maksimum bagi pengeluaran tunai melalui terminal (CRM) MBSB Bank?

    Had pengeluaran tunai adalah RM3,000.00. Anda boleh mengeluarkan sehingga RM5,000.00 sehari. Manakala, had maksimum bagi setiap transaksi pengeluaran adalah RM1,500.00. Had pengeluaran untuk kad debit lain-lain bank adalah tertakluk kepada had yang ditetapkan oleh setiap Bank.

  2. Bagaimanakah untuk menukar had pengeluaran tunai?

    Anda dibenarkan menukar had pengeluaran tunai anda sebanyak RM1,000.00 sehingga RM5,000.00 sehari dengan mengunjungi cawangan kami dari 9.00pagi hingga 4.30petang (Isnin hingga Jumaat) atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-20963000 dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 pagi setiap hari.

    * Perkhidmatan penukaran had melalui CRM akan disediakan tidak lama lagi.

  3. Bolehkah saya menggunakan kad lain-lain bank untuk melakukan transaksi di terminal (CRM) MBSB Bank?

    MBSB Bank adalah sebahagian Rangkaian MEPS. Oleh itu, anda boleh menggunakan kad debit MBSB Bank / kad lain-lain bank untuk transaksi pengeluaran tunai atau menyemak baki akaun melalui terminal (CRM) MBSB Bank atau di lebih 11,000 Rangkaian ATM MEPS (berlabel MEPS) di Malaysia.

  4. Apakah jenis pembayaran pembiayaan yang boleh saya lakukan di terminal (CRM) MBSB Bank?

    Anda boleh membuat pembayaran pembiayaan untuk pembiayaan perumahan dan Peribadi-i. Walau bagaimanapun, perkhidmatan pembayaran pembiayaan sewa beli akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

  5. Berapa banyak mata wang kertas yang boleh saya depositkan untuk setiap transaksi deposit tunai?

    Terminal (CRM) kami boleh menerima sehingga 200 helai mata wang kertas untuk setiap transaksi deposit tunai samada deposit ke akaun simpanan/semasa atau pembayaran pembiayaan.

  6. Bolehkah saya menukar PIN Kad Debit-i Visa MBSB Bank? Bagaimanakah caranya untuk menetapkan PIN baru di terminal (CRM) MBSB Bank?

    Ya, anda dibenarkan melakukan penukaran PIN di terminal (CRM) kami. Pada skrin menu utama, pilih butang Lain-lain dan seterusnya butang Penukaran PIN. Kemudian, masukkan PIN baru yang diikuti dengan pengesahan PIN baru. Skrin akan mengemas kini PIN baru dan memaparkan sama ada kemas kini PIN baru berjaya.

  7. Bagaimana jika saya terlupa nombor PIN dan memasukkan PIN yang salah beberapa kali?

    Percubaan PIN adalah maksimum 3 kali berturut-turut. Percubaan yang salah pada kali keempat secara berturut, status kad akan disekat secara automatik. Pengiraan pengesahan PIN akan digabungkan antara terminal (CRM) dan Perbankan Internet. Sebagai contoh, 2 percubaan PIN yang salah di terminal (CRM) dan 1 percubaan PIN yang salah di Perbankan Internet akan dikira secara kolektif sebanyak 3 kali.
    Oleh itu, sila terus ke mana-mana cawangan MBSB Bank yang terdekat untuk permohonan PIN baru.

Semua ruangan di dalam borang ini harus dilengkapkan.

Saya dengan ini bersetuju MBSB Bank untuk mengumpul, menggunakan dan memproses data peribadi saya untuk tujuan mengemukakan pertanyaan / aduan / maklum balas saya. * *

Saya mengakui bahawa saya telah membaca dan memahami Notis Privasi MBSB Bank. *