MBSB Bank MRetail

Daftar, urus dan pantau perniagaan anda mengikut keselesaan anda.

Imbas QR untuk memuat turun aplikasi

mretail qrcode

2

 

Untuk Pelanggan yang telah memiliki Akaun Semasa-i MBSB Bank, anda perlu :

  • Lengkapkan pendaftaran di bawah.
  • Muat turun penerimaan DuitNow QR untuk MBSB Bank M-RETAIL setelah anda menerima nama pengguna dan kata laluan sementara dari pihak kami.

Untuk pelanggan baharu yang belum membuka Akaun Semasa-i MBSB Bank, anda perlu :

  • Kunjungi cawangan MBSB Bank yang terdekat atau mohon secara atas talian dengan menekan butang di bawah untuk membuka Akaun Semasa-i MBSB Bank bagi menerima kutipan jualan, penyelesaian bayaran dan penyelarasan akaun.
  • Setelah akaun dibuka, sila lengkapkan borang pendaftaran di bawah.
  • Muat turun aplikasi MBSB Bank M-RETAIL dan log masuk setelah anda menerima nama pengguna dan kata laluan sementara.

Untuk maklumat atau pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 03-2096 3000 atau emel ke enquiry@mbsbbank.com

1

Pertanyaan Akaun
Anda boleh menyemak baki akaun semasa dan senarai outlet yang disenaraikan sebagai akaun penerima.

Pengurusan Juruwang
Anda boleh mengaktifkan / menyelenggara / menggantung / memadam juruwang.

Papan Antaramuka
Anda boleh menyemak jumlah jualan harian bagi setiap outlet yang anda senaraikan. Maklumat berkenaan outlet, juruwang dan jumlah transaksi juga boleh didapati dengan lebih terperinci.

QR Kod Dinamik dan Statik
Aplikasi ini juga boleh menghasilkan QR kod dinamik dan statik bagi tujuan transaksi harian.

Pengurusan Outlet
Anda boleh mengaktifkan / menyelenggara / menggantung / memadam outlet.

Penyata Transaksi
Anda boleh melihat / memuat turun / berkongsi penyata transaksi.

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 03-2096 3000 atau emel di enquiry@mbsbbank.com

  1. Urusniaga pada kos yang minimum*.
  2. Kemudahan akses penyata transaksi (sehingga 90 hari) untuk kemudahan penyelesaian kewangan.
  3. Notifikasi pembayaran tepat pada masa.
  4. Paparkan hanya satu kod DuitNow QR untuk menerima bayaran dari mana-mana bank atau e-dompet yang mengambil bahagian.

*pengecualian yuran MDR sehingga 31 Disember 2023.