Kadar Asas Standard, Kadar Asas & Kadar Pembiayaan Asas

Apakah Kadar Asas Standard (KAS)?

Kadar Asas Standard (KAS) adalah selaras dengan rangka kerja kadar rujukan baharu yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia dan ia menggantikan Kadar Asas (KA) sebagai penetapan harga untuk pembiayaan runcit berkuat kuasa 1 Ogos 2022. Di bawah rangka kerja baharu ini, bank akan menggunakan Kadar Asas Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) sebagai penanda aras untuk menentukan kadar asas mereka.

Apakah yang akan mencetuskan perubahan dalam Kadar Asas Standard?

KAS akan diselaraskan apabila terdapat perubahan pada Kadar Asas Semalaman (OPR).

Apakah Kadar Asas (KA)?

Kadar Asas (KA) adalah selaras dengan rangka kerja kadar rujukan yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia bermula 2 Januari 2015. Di bawah rangka kerja ini, bank-bank akan menggunakan kos dana dan Keperluan Rizab Berkanun (SRR) yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia sebagai penanda aras bagi menentukan Kadar Asas. Bank MBSB menentukan KA berdasarkan kadar purata kos dengan ditambah kos SRR.

Apakah yang akan mencetuskan perubahan dalam Kadar Asas?

KA boleh meningkat ataupun berkurang akibat perubahan dalam polisi kewangan seperti Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan/ atau perubahan penanda aras kos dana iaitu purata kadar deposit.

Sejarah Kadar Asas (KA), Kadar Pembiayaan Asas (KPA) dan Kadar Asas Standard (KAS).

sbr

 

Rujukan penanda aras COF untuk 3 tahun terdahulu

sbr

 

Berkuatkuasa 12 Mei 2023, Kadar Asas Standard, Kadar Asas dan Kadar Pembiayaan Asas MBSB Bank Berhad akan ditukarkan seperti yang berikut:

Jenis Kadar Kadar Sekarang (setahun)
Kadar Asas Standard (KAS) 3.00%
Kadar Asas (KA) 3.90%
Kadar Pembiayaan Asas (KPA) 6.75%

Nota: MBSB Bank akan menggunakan KAS untuk menetapkan harga kemudahan pembiayaan kadar terapung runcit baharu termasuk pembiayaan semula manakala pembiayaan runcit kadar terapung sedia ada yang disandarkan terhadap KA dan KPA akan terus dihargakan terhadap KA dan KPA sehingga matang.

Bagi tujuan keperluan pendedahan, kadar pembiayaan indikatif untuk pembiayaan perumahan standard dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM350,000 untuk 30 tahun tanpa tempoh terikat adalah 4.45%.

 

Terima kasih.

 

Muat Turun Dokumen